Moscow bandar paling mahal di dunia
Monday, June 26th, 2006Link: Utusan Malaysia Online - Luar Negara.
Moscow bandar paling mahal di dunia
NEW YORK 26 Jun - Moscow menandingi Tokyo sebagai bandar paling mahal di dunia, menurut satu tinjauan terkini.
Berdasarkan tinjauan yang dikeluarkan hari ini, ibu negara Rusia itu
naik tiga anak tangga berbanding tahun lalu berikutan pemilikan harta
yang meningkat secara mendadak manakala ibu negara Jepun jatuh ke
tempat ketiga ekoran nilai yen yang lemah.
Seoul pula menduduki tangga kedua senarai tersebut berbanding tangga kelima tahun lalu.
Tinjauan Perunding Sumber Manusia Mercer itu melibatkan 144 buah
bandar di seluruh dunia dengan mengambil kira kos perbandingan lebih
200 butiran seperti perumahan, pengangkutan dan makanan.
Tinjauan itu dilakukan bagi membantu majikan multinasional
menentukan nilai pampasan kepada pekerja mereka yang tinggal di negara
asing.
Perunding kanan Mercer, Rebecca Powers berkata, dengan kenaikan
perbelanjaan yang banyak di kebanyakan bandar di dunia, terutamanya di
negara membangun, majikan perlu melihat semula kaedah pampasan yang
diberikan berserta faedah yang diterima oleh pekerja mereka.
Menurut tinjauan itu lagi, secara keseluruhannya kadar pertukaran
asing bukan menjadi faktor utama kepada perubahan kedudukan dalam
senarai tersebut, namun dalam kes Moscow, kos telah terapung berikutan
pertambahan harga perumahan.
Namun begitu kedudukan bandar-bandar tersebut jatuh berbanding tahun lalu ekoran kedudukan mata wang euro yang tidak kukuh.
Antara bandar-bandar lain yang turut tersenarai ialah New York di tangga ke-10, diikuti Los Angeles dan San Francisco.
Hong Kong pula berada di tempat keempat dalam senarai, Beijing di tangga ke-14, manakala Shanghai di kedudukan ke-20.
- AP
Ha ha ha….




